Monday, October 11, 2010

27/7





Minggu ini kelas kami diadakan di Tasik Shah Alam.Kelas kali ini, kami akan belajar kembali tentang kayak yang telah lama kami tinggalkan. kelas kali ini bercirikan refreshment tentang kayak. walaupun kami telah ada kelas kayak sebelum ini, tetapi kami adakan juga sebelum kami masuk kedalam air untuk berrkayak.

kami juga diajar kembali bahagian-bahagian kayak,cara-cara berkayak dan lain-lain lagi. antara yang diajar ialah

anatomi berkayak:
~cockpit
~helmet
~paddle

jenis-jenis kayak
~kayak laut
~kayak polo
~kayak whitewater
~kayak perlumbaan dan macam-
macam lagi

teknik menyelamat apabila kayak terbalik ialah
~Xrescue
cara ini melibatkan dua kayak dimana seorang ialah penyelamat dan seorang lagi yang diselamatkan.
kayak yang terbalik itu di terbalikkan semula dengan menaikkan ke atas kayak orang yang ingin menyelamatkan tersebut.
air dibuang diatas kayak dan ditbalikkan semula. orang yang terbalik kayak itu menaiki semula kayak yg telah dibuang air dengan bantuan penyelamat tersebut.

~Hrescue
Cara ini memerlukan 2 kayak penyelamat, dimana kayak mangsa yang telah terbalik akan berada di tengah. Pendayung akan diletakkan ditengah(diantara 2 kayak penyelamat secara
melintang). Kemudian, hujung kayak mangsa akan cuba dinaikkan ke atas pendayung, air dikeluarkan dari kokpit, dan kayak diterbalikkan semula..

No comments:

Post a Comment