Pages

Monday, October 11, 2010

5/10





kelas pada kali ini, kami diminta untuk membuat aktiviti ikhtiar hidup. kelas kami diadakan di belakang kolam renang UiTM shah alam. Kami dimnta untuk menyediakan menu yang ringkas, senang dan mengenyangkan. kami hanya disediakan solid fuel dan berbekalkan itu sebagai sumber api untuk kami.
kami menyediakan roti sardin sebagai menu kami. Kami memulakan aktiviti ikhtiar hidup kami. aktiviti ini mengambil masa selama lebih kurang setengah jam sahaja. setelah kami siap memasak, kami meminta encik muiz untuk merasa masakan kami.
kami seronok dapat melihat menu yang disediakan oleh kumpulan lain. terdapat berbagai menu kumpulan lain yang menarik perhatian kami.


setelah habis memasak dan encik muiz merasa, kami mengemas barang memasak. Kelas kami bersurai pada jam 7 mlm.

17/8

pada kali ini kelas kami diadakan di bilik squash di pusat sukan. kami menyambung kembali aktiviti pembentangan kami. kami membentangkan tajuk yang telah diberikan kepada kami seperti sebelum ini. Tajuk yang diberikan ialah ASAS-ASAS KEPIMPINAN.


10/8



Pada pada kali ini, kami akan belajar tentang cara memberi bantuan atau bantuan awal jika terdapat sebarang perkara yang tidak diingini. Ini dilakukan bagi memberi keselesan kepada pesakit yang mengalami kecederaan dan menyenangkan pihak yang sepatutnya untuk memberi bantuan sepatutnya.
kami diberikan sehelai kain setiap seorang.Untuk merawat org yang mengalami patah tangan, kami diminta membuat sling. ikatan sling ini dilakukan
bagi membuatkan pesakit tidak merasa sakit dan membetulkan keadaan tangan pesakit.
Pesakit juga tidak perlu merasa sakit kerana tangan yang cedera tersebut telah diikat dan tidak akan jatuh.
seterusnya kami diminta membuat pembalut kepala.
tetapi kami perlu membuat simpulan cincin terdahulu. letakkan asas pembalut di tengah-tengah dahi mangsa supaya is terletak di atas kening. Biarkan hujung pembalut terjuntai di belakang bahu.bawa kedua2 hujung pembalut di sekeliling kepala pada belakang telinga.Silangkan kedua-dua hujung pada titik pertemuan pembalut pada tengkuk.bawa kedua-dua hujung pembalut ke depan dan ikat di tengah2 dahi dengan simpulan buku sila.teguhkan kepala mangsa dan tarik titik pembalut untuk menegetatkan lilitan dan memperkemaskan pembalutan atas kepala, kemudian disemat dengan pin.

kemudian, kami belajar cara untukmembuat pembalut tangan dan kaki.ia kan membuatkan bahagian tercedera tidak mengalami sebarang pergerakan atau terdedah dengan persekitaran luar.lipat satu kelepet pada asas pembalut.letakkan tangan mangsa itu dengan pembebat pada atas pembalut dan bawa titk ke atas pergelangan tangan.lalukan kedua hujung pembalut di sekeliling pergelangan tangan.silangkan hujung pembalut dan ikat. tarik titik pembalut untuk mengetatkan ilitan pada atas simpulan dan kemudian selitkan di bawah lapisan pembalut.


kemudian, kami belajar cara untuk mengangkat pesakit. pelbagai cara telah diajar untuk mengangkat pesakit. dengan seorang yang membantu, atau jika tidak mampu, menggunakan dua orang untuk mengangkatnya


3/8





Minggu ini, kelas kayak sekali lagi diadakan di Tasik Shah Alam.Pada hari ini,kami akan diuji tentang kefahaman kami tentang berkayak. kami akan menggunakan ilmu yang telah kami belajar pada minggu lepas. kami diminta memakai BA dan mencari pasangan untuk melakukan aktiviti berkayak ini. kali ini saya berpasangan dengan shahir

Untuk ujian kayak pertama, Encik Muiz meminta kami untuk berkayak kehadapan dan kebelakang dan kembali ke tempat asal

untuk ujian kayak kedua, kami diminta melakukan Hrescue. Kami diminta untuk menjatuhkan dirikami ke dalam air dan melakukan Hrescue seperti yang diminta dan diajar pada kelas sebelum ini.
Kami berjaya melakukan rescue ini dengan secepat yang boleh kerana jika kami lambat melakukan rescue ini, air akan memasuki lebih byk dan ini akan melambatkan dan menjadi semakin susah. walaupun dengan keaadan air yang agak dalam, kami berusaha juga untuk menghabiskan ujian ini.

27/7





Minggu ini kelas kami diadakan di Tasik Shah Alam.Kelas kali ini, kami akan belajar kembali tentang kayak yang telah lama kami tinggalkan. kelas kali ini bercirikan refreshment tentang kayak. walaupun kami telah ada kelas kayak sebelum ini, tetapi kami adakan juga sebelum kami masuk kedalam air untuk berrkayak.

kami juga diajar kembali bahagian-bahagian kayak,cara-cara berkayak dan lain-lain lagi. antara yang diajar ialah

anatomi berkayak:
~cockpit
~helmet
~paddle

jenis-jenis kayak
~kayak laut
~kayak polo
~kayak whitewater
~kayak perlumbaan dan macam-
macam lagi

teknik menyelamat apabila kayak terbalik ialah
~Xrescue
cara ini melibatkan dua kayak dimana seorang ialah penyelamat dan seorang lagi yang diselamatkan.
kayak yang terbalik itu di terbalikkan semula dengan menaikkan ke atas kayak orang yang ingin menyelamatkan tersebut.
air dibuang diatas kayak dan ditbalikkan semula. orang yang terbalik kayak itu menaiki semula kayak yg telah dibuang air dengan bantuan penyelamat tersebut.

~Hrescue
Cara ini memerlukan 2 kayak penyelamat, dimana kayak mangsa yang telah terbalik akan berada di tengah. Pendayung akan diletakkan ditengah(diantara 2 kayak penyelamat secara
melintang). Kemudian, hujung kayak mangsa akan cuba dinaikkan ke atas pendayung, air dikeluarkan dari kokpit, dan kayak diterbalikkan semula..

20/7



Perjumpaan kali ini kami akan membentangkan tentang tajuk yang telah kami diberikan iaitu asas-asas kepimpinan. tetapi malangnya, kumpulan kami tidak sempat untuk membentangkan pada hari itu. Kami seronok mendengar pembentangan yang di bentangkan oleh kumpulan lain.
Maksud: pemimpin ialah individu yang menjadi ketua dalam satu kelompok manusia. Kepimpinan didefinisikan sebagai satu seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya meraka rela bergiat dan berusaha kearah pencapaian matlamat sesuatu perkara.

Ciri-ciri Pemimpin
· standard etika
· moral yang tinggi, · sudi berkongsi risiko bersama,
· mengutamakan kepentingan umum daripada diri sendiri,
· menggunakan kuasa untuk menggerakkan individu atau kumpulan ke arah mencapai misi/visi, bukan untuk keuntungan diri
· boleh memberi motivasi dan inspirasi kepada pengikutnya, · mempunyai minat yang mendalam,
· optimistik dan komited,
· boleh merangsangkan pengikut menjadi kreatif dan inovatif
Etika dan Disiplin seorang pemimpin · mampu menepati masa
· tidak akan melepaskan tanggungjawab tanpa sebab yang munasabah.
· Berkeyakinan dan berazam tinggi dalam kepimpinannya

Personaliti seorang pemimpin :
· Mempunyai self leadership
· Mempunyai ‘the power of communication’
· Berpakaian kemas dan bersih
· Mampu berdisiplin

13/7

Hari ini hari kelas pertama saya dalam subjek rekreasi.Kelas kami diadakan setiap hari selasa jam 5 sampai pukul 7.
Kami berkumpul di kafe dekat dengan kolam renang uitm. Semester kali ini, encik muiz jadi pensyarah kami sekali lagi utk subjek rekreasi.Jadi, sepanjang sem ini, kami akan mengikuti kelas encik muiz sampai habis sem.

Kami mengenalkan diri kami masing-masing. walaupun dah ada yang kenal, tapi kami kenalkan jugak diri kami sebab ade yang masih tak kenal lagi.Tapi rasenya taklah susa sangat sebab ada yang kami dah kenal.kami dinahagikan kumpulan masing-masing. dan saye telah mendapat kumpulan dengan ana,su dan shahir.

En.muiz menyatakan aktiviti yang kami akan lakukan pada sem ini seperti:-
~pembentangan berkumpulan
~aktiviti berkayak
~abseiling
~ikhtiar hidup
~dan macam2 lagi.

sebelum bersurai, En.muiz memberi tajuk pembentangan utk kami bentangkan pada minggu hadapannya.tajuk yang kami perlu bentangkan ialah ASAS-ASAS KEPIMPINAN. Dan kami perlu membentangkan mengunakan kertas majung.