Pages

Monday, October 11, 2010

10/8



Pada pada kali ini, kami akan belajar tentang cara memberi bantuan atau bantuan awal jika terdapat sebarang perkara yang tidak diingini. Ini dilakukan bagi memberi keselesan kepada pesakit yang mengalami kecederaan dan menyenangkan pihak yang sepatutnya untuk memberi bantuan sepatutnya.
kami diberikan sehelai kain setiap seorang.Untuk merawat org yang mengalami patah tangan, kami diminta membuat sling. ikatan sling ini dilakukan
bagi membuatkan pesakit tidak merasa sakit dan membetulkan keadaan tangan pesakit.
Pesakit juga tidak perlu merasa sakit kerana tangan yang cedera tersebut telah diikat dan tidak akan jatuh.
seterusnya kami diminta membuat pembalut kepala.
tetapi kami perlu membuat simpulan cincin terdahulu. letakkan asas pembalut di tengah-tengah dahi mangsa supaya is terletak di atas kening. Biarkan hujung pembalut terjuntai di belakang bahu.bawa kedua2 hujung pembalut di sekeliling kepala pada belakang telinga.Silangkan kedua-dua hujung pada titik pertemuan pembalut pada tengkuk.bawa kedua-dua hujung pembalut ke depan dan ikat di tengah2 dahi dengan simpulan buku sila.teguhkan kepala mangsa dan tarik titik pembalut untuk menegetatkan lilitan dan memperkemaskan pembalutan atas kepala, kemudian disemat dengan pin.

kemudian, kami belajar cara untukmembuat pembalut tangan dan kaki.ia kan membuatkan bahagian tercedera tidak mengalami sebarang pergerakan atau terdedah dengan persekitaran luar.lipat satu kelepet pada asas pembalut.letakkan tangan mangsa itu dengan pembebat pada atas pembalut dan bawa titk ke atas pergelangan tangan.lalukan kedua hujung pembalut di sekeliling pergelangan tangan.silangkan hujung pembalut dan ikat. tarik titik pembalut untuk mengetatkan ilitan pada atas simpulan dan kemudian selitkan di bawah lapisan pembalut.


kemudian, kami belajar cara untuk mengangkat pesakit. pelbagai cara telah diajar untuk mengangkat pesakit. dengan seorang yang membantu, atau jika tidak mampu, menggunakan dua orang untuk mengangkatnya


No comments:

Post a Comment